Hello there!


Bismillah....
Saturday 14 September 2013 | 14:57 | 0 comment(s)
''Ya Allah aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadamu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadamu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadamu dari beban hutang dan penindasan orang''

Kita nak mengelak dari kelihatan lemah, kita pura pura kuat. Kita senyum tapi dalam hati siapa tahu kan. Ingatlah, kita semua manusia. Manusia yg dikurniakan hati dan perasaan.

Mungkin aku sedang merasa lemah. Hati tak tenang. Aku juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini. Mungkin kita kurang membaca Al-Quran ataua jarang sangat membuka kitab suci. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat tahajjud. Tujuan solat sunat tahajjud untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Pada rakaat pertama bacalah Al-fatihah selepas itu Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua bacalah Al-fatihah selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya. Adukan masalah kita direct pada Allah. Minta lah ketenangan hati.

Yang paling penting sekali, sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walau apa pun. Apa yang membuatkan kita sedih, Allah lebih maha kuasa dan mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinah kesedihan dan rasa tidak tenangyang Allah beri itu adalah agar kita kembali  mengigatiNya




Older Post