Hello there!


Think.....
Saturday, 28 July 2012 | 02:40 | 0 comment(s)
Assalamualaikum, selamat petang semua. Nak berkawan memang senang, tapi nak cari kawan sejati memang susah. See, until now i had not found a friend who can be called true friend. 
3 ciri sahabat mengikut Imam Syafie :


1. Sahabat yang baik.
Aku mencintai sahabat sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan akan aku mencintai sanak saudaraku. Shabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabt sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, semakin aku percaya diri.

2.Mencari kawan sewaktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka bertepuk tangan.

3.Pasang surut sahabat.
Aku dapat  bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun mejenggukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.



Older Post | Newer Post